SUKPAR Virtual Run 2021

Sukan Parlimen Wilayah Persekutuan (SUKPAR) mula diadakan pada Oktober 2019 bersempena sambutan Hari Sukan Negara. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) telah mengambil langkah menyemarakkan sambutan pada tahun tersebut dengan mengadakan SUKPAR bagi menyokong dan memeriahkan sambutan dan memberi ruang serta peluang kepada komuniti setempat untuk mengamalkan budaya hidup bersukan.
Pada tahun 2020, SUKPAR tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik covid19. Justeru itu, MSWP akan meneruskan SUKPAR bagi tahun 2021 bagi menggalakkan program atau aktiviti sukan di kalangan komuniti Wilayah Persekutuan.
Mengambil kira situasi semasa pandemik Negara pada masa ini, MSWP mencadangkan agar dilaksanakan Sukan Parlimen secara fizikal kepada secara maya.
Ini merupakan kali pertama penganjuran virtual run didalam SUKPAR. Mengambil kira trend terkini, rakyat Malaysia amnya kini mengamalkan aktiviti sihat dan larian menjadi salah satu aktiviti pilihan.
Dengan adanya teknologi terkini, dimana larian yang dibuat dapat direkodkan menggunakan pelbagai aplikasi khususnya untuk larian, menjadikan virtual run antara sukan yang tersenarai didalam SUKPAR pada tahun 2021.
Tempoh Pendaftaran : 16 November 2021 - 15 Disember 2021
Tempoh Larian : 16 Disember 2021 - 31 Disember 2021
Tempoh Muat Naik Bukti Larian : Sehingga 4 Januari 2022
Persiapan Pos Kit Larian : 3 Minggu Selepas Tarikh Tutup Muat Naik Bukti Larian
Muat Naik Bukti Larian Disini : https://bit.ly/SUKPAR_VR2021
Key Dates

Categories & Fees
15km Open (15km)
Fees shown Inclusive of Courier Fee
|
15km
|
RM
29.00
|
Virtual Run